Kaca Mata Dan Bentuk Wajah
Kaca mata hitam merupakan item fesyen yang mesti ada setiap orang. Fesyen kaca mata bulat John Lennon dan Cat Eyes menjadi item hit masa kini. Tapi sayang, ada sesetengahnya tidak sesuai dengan bentuk muka si pemakai. Usah terlalu obses mengikuti fesyen sehingga menjadi mangsa fesyen. Tengok yang mana sesuai dengan bentuk wajah kamu.
WAJAH BULAT
Disarankan mencari kacamata hitam yang framenya berbentuk bersegi atau bersegi panjang, sebab wajah bulat kamu akan tampak lebih lonjong.
WAJAH LONJONG
Untuk wajah lonjong, frame kacamata yang bulat akan menyeimbangkan wajah panjang kamu. Aksen yang sedikit lebih di sudut tangkai kacamata atau sudut frame akan makin menampakkan wajah kamu manis.
WAJAH BENTUK HATI
Bagi kamu yang memiliki wajah berbentuk hati bias, kamu boleh bermian dengan pelbagai bentuk frame kerana bentuk wajah kamu sesuai dengan semua shape kaca mata.
WAJAH OVAL
Wajah oval yang seakan-akan bentuk telur, bagi menyembunyikan bentuk wajah kamu pilih frame yang oversize agar tulang pipi kamu tidak terlalu kelihatan.
Jangan ambil mudah dalam memilih kaca mata hitam. Pastikan pilihan yang kamu buat bersesuaian dengan bentuk wajah kamu.
No comments:
Post a Comment