DATING JIMAT

Dating Seharian Dengan RM50 Sahaja

Di pertengahan bulan, pasti anda berdua jarang keluar bersama kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Namun begitu, tahukah anda, tidak mustahil untuk anda keluar dating seharian dengan hanya berbekalkan RM50 sahaja? Kami ada cadangan yang boleh anda cuba!

Dating Seharian Dengan RM50


10 pagi sehingga 1 petang
Jemput si dia di rumah dan terus bawanya bersarapan di kedai mamak. Pesan roti canai dan teh tarik untuk anda berdua. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM6.00.
Teruskan temu janji anda berdua di Pusat Sains Negara. Jangan terkejut, tempat yang anda rasakan membosankan ini sebenarnya boleh menghiburkan anda berdua. Tiket biasa RM6 untuk seorang. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM18.00.

2 petang sehingga 4 petang
Sudah tiba masanya untuk makan tengah hari. Bajet anda berdua hanya RM8.00. Anda berdua boleh membeli burger yang terjual di tepi jalan dan air mineral. Letakkan kereta di bawah pokok dan makan bersama sambil berbual tentang aktiviti anda sepanjang minggu. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM26.00.
Selepas itu anda berdua boleh ke Shah Alam untuk bermain kayak. Anda hanya perlu membayar RM5 untuk sejam. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM31.00.

5 petang sehingga 8 malam
Beli layang-layang yang berharga RM2.00 dan teruskan aktiviti bermain layang-layang berdua di taman berhampiran. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah RM33.00.
Seterus anda berdua boleh menggunakan baki wang yang tinggal untuk makan malam sebelum menghantar pasangan pulang ke rumah. Selamat mencuba!

UNTUNGNYA KAHWIN AWAL

Untungnya Kahwin Awal

Memandangkan ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka. Sekiranya zaman dahulu, wanita banyak berkahwin seawal usia 16 tahun, kini umur 28 masih dikira terlalu awal untuk berkahwin. Untuk itu, kami ingin menyenaraikan kebaikan kahwin awal yang mungkin boleh membuatkan anda terdetik untuk berumah tangga di usia muda.


Tidak Membuang Masa
Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai koleksi bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.

Mematangkan
Mesti ramai yang bersetuju apabila kami menyatakan perkahwinan boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.

Lebih Stabil
Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, perkahwinan itu sendiri yang membuatkan anda menjadi lebih stabil. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Faktor Kesuburan dan Anak
Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, akan merosot. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.

Anda Boleh Bersara Awal
Tidakkah anda terfikir sekiranya anda berkahwin pada awal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna pabila anda sempat menyaksikan anak anda berumah tangga dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?

EYEBROWS TREADING

Bagaimana Eyebrows Threading Dilakukan

Pelbagai kaedah mencabut atau memperkemaskan bulu kening yang ada sekarang ini. Ada yang selesa menggunakan pencabut bulu, atau wax sahaja bulu kening dan juga threading. Threading berasal dari negara India yang di percayai telah digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Ia kemudian berkembang ke negara barat hari ini kerana proses ini lebih kemas dan permintaan yang sangat mengalakkan.

Bagaimana proses ini dilakukan?

Bagaimana Eyebrows Threading Dilakukan 1-tile


Proses threading menggunakan benang yang di simpulkan kedua-dua hujung membentuk satu bulatan. Simpulkan membentuk seperti jam masa atau bentuk infinity pada bahagian tengahnya. Kemudian jari digerakkan seperti menggunakan gunting.

Bagaimana Eyebrows Threading Dilakukan 3-horz
Benang diletakkan pada bahagian yang ingin di kemaskan dan mula membentuk kening mengikut bentuk yang kamu suka.

Bagaimana Eyebrows Threading Dilakukan 6


Selain dari membuang bulu kening, ia juga digunakan untuk membuang bulu pada wajah seperti di bahagian atas bibir, dagu dan dahi.
 

KEPENTINGAN KRIM MALAM


Kepentingan Krim Malam


Ramai yang mengambil mudah tentang pemakaian krim malam pada waktu malam. Dek kerana terlalu letih dan ingin cepat tidur, maka pemakaiannya diabaikan begitu sahaja. Kulit kamu terdedah dengan banyak tekanan dan pencemaran pada siang hari. Pilih krim malam yang bersesuaian dengan usia

kepentingan-krim-malam

20an – Bahan kandungan natural seperti aloe vera, madu dan minyak pati sangat sesuai untuk kulit yang muda.

30an – Bahan kandungan yang aktif seperti asid amino, ceramides, retinol dan antioksidan .

40an – Gabungan bahan yang mengandungi peptida, ekstrak soya dan vitamin sangat sesuai untuk wanita yang berusia 40an kerana mampu merawat kedutan dan pigmentasi pada wajah.

50an dan 60an – Penting memilih krim yang sesuai untuk kulit tua dan matang bagi memberikan kelembapan tambahan dan memastikan kulit kamu kelihatan sihat sepanjang hari.

Waktu malam, kulit kamu akan menyerap semua nutrien penting ketika sedang tidur. Oleh itu, pemakaian krim malam mampu membantu penambahbaikan sel-sel kulit yang tercemar pada siang hari.

TIPS RIAS ALIS 'CAT EYES'

Rias Alis ‘Cat Eyes’

Selain mata dan bibir, alis memainkan peranan yang benting bagi membentuk keseluruhan wajah. Classic cat eyes are always in style. Ini sedikit tip untuk guna liquid liner.
RIAS-ALIS-TUTORIAL1


  • Titikkan garisan dot sepanjang alis.
  • Bermula dari dalam, palitkan garisan bermula dengan nipis ditarik keluar dengan menebal sehingga hujung garisan mata.
  • Di hujung mata, buatkan garisan halus yang sedikit condong dan menarik ke dalam garisan yang kamu buat tadi.
  • Carry the line as far as you like. Selagi nampak cantik di mata kamu sudah mencukupi.

 rias-alis


Pro Tip: Untuk memadam kesan comot liquid liner gunakan putik kapas yang basah supaya tidak rosak keseluruhan liner yang kamu buat.
 

TIPS BLUSHER

Tip Untuk Pipi Menyerlah

Pemerah pipi akan tampak lebih natural jika betul cara kamu mengenakannya.

1. Pilih warna pemerah pipi berdasarkan warna kulit dengan mencubit sedikit pipi kamu.
2. Sapukan bedak asas seperti biasa.
3. Senyum – see the apples of your cheeks? Itulah target kamu! Gunakan berus pemerah pipi dan sapukan dengan cara membulat di pipi. Ratakan ke atas sehingga tiada garis yang tinggal.
Pipi-menyerlahPro Tip: Tambahkan sedikit debu bronzer di puncak tulang pipi, supaya bila sinaran matahari memancar pipi kamu akan kelihatan memukau dengan naturalnya.

CONTACT LENS SEBAGAI PRODUK KECANTIKAN

CONTACT LENS Sebagai Produk Kecantikan

Lebih 128 juta orang di seluruh dunia mengenakan kanta lekap. Bukan sahaja kerana masalah penglihatan yang dihadapi, kanta lekap kini dikatakan menjadi salah satu produk kecantikan kerana dipercayai mampu untuk menjadikan seseorang itu jauh lebih menarik.
Kanta Lekap


Sekiranya anda berminat untuk mengenakan kanta lekap untuk menjadi lebih menawan, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda ambil kira.

1. Pilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda. Kadangkala, warna biru, hijau atau mungkin ungu tidak sesuai untuk orang Asia. Anda boleh memilih warna seperti kelabu atau hazel yang sangat sesuai untuk orang Asia.

2. Pilih kanta lekap yang menggabungkan 2 sehingga 3 warna kerana ia boleh menampakkan warnanya jauh lebih natural.

3. Ada sesetengah kanta lekap yang berfungsi untuk menampakkan mata anda lebih besar. Tetapi jangan terlalu keterlaluan dengan memilih diameter lensa yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik.

4. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah penglihatan tetapi memilih untuk cantik dengan menggunakan kanta lekap, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap dengan betul kerana bimbang jangkitan pada mata boleh merosakkan penglihatan anda.

5. Untuk tampak lebih semula jadi, pilih kanta yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luar.

6. Kami tidak menggalakkan anda terus membeli kanta lekap tanpa mencubanya kerana warna yang anda lihat di dalam gambar tidak akan sama dengan warna sebenar setelah anda mengenakannya.
 

PEMILIHAN KACA MATA BERSESUAIAN DENGAN BENTUK WAJAH

Kaca Mata Dan Bentuk Wajah

Kaca mata hitam merupakan item fesyen yang mesti ada setiap orang. Fesyen kaca mata bulat John Lennon dan Cat Eyes menjadi item hit masa kini. Tapi sayang, ada sesetengahnya tidak sesuai dengan bentuk muka si pemakai. Usah terlalu obses mengikuti fesyen sehingga menjadi mangsa fesyen. Tengok yang mana sesuai dengan bentuk wajah kamu.

WAJAH BULAT
kaca mata dan bentuk wajah Bulat
Disarankan mencari kacamata hitam yang framenya berbentuk bersegi atau bersegi panjang, sebab wajah bulat kamu akan tampak lebih lonjong.

WAJAH LONJONG
kaca mata dan bentuk wajah Lonjong
Untuk wajah lonjong, frame kacamata yang bulat akan menyeimbangkan wajah panjang kamu. Aksen yang sedikit lebih di sudut tangkai kacamata atau sudut frame akan makin menampakkan wajah kamu manis.

WAJAH BENTUK HATI
kaca mata dan bentuk wajah Bentuk-hati
Bagi kamu yang memiliki wajah berbentuk hati bias, kamu boleh bermian dengan pelbagai bentuk frame kerana bentuk wajah kamu sesuai dengan semua shape kaca mata.

WAJAH OVAL
kaca mata dan bentuk wajah oval
Wajah oval yang seakan-akan bentuk telur, bagi menyembunyikan bentuk wajah kamu pilih frame yang oversize agar tulang pipi kamu tidak terlalu kelihatan.

Kaca-mata-dan-bentuk-wajah diagram


Jangan ambil mudah dalam memilih kaca mata hitam. Pastikan pilihan yang kamu buat bersesuaian dengan bentuk wajah kamu.

TIPS MENGATASI EYE BAG DAN DARK CIRCLE

Tip Mengatasi Eye Bag Dan Dark Circle

Kantung bawah mata terbentuk  kerana faktor usia yang semakin meningkat. Lemak yang membantu menyokong mata boleh berhijrah ke bawah mata, menyebabkan bengkak. Masalah tidur juga boleh menyumbang kepada pembentukan kantung mata. Manakala lingkaran gelap atau dark circle pula disebabkan oleh masalah tidur seperti kurang tidur atau terlalu letih. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit tip yang kami konsingkan untuk anda.
 
cara mengatasi eye bag dan dark circle 1
Eye Bag

Tidur Cukup
Jika anda perasan yang masalah tidur akan menyebabkan pembentukan kantung di bawah mata anda, elakkan dari tidur lambat.

Graviti
Tukar posisi tidur anda kerana graviti bumi juga boleh menarik lemak yang terkumpul membentuk kantung di bawah mata.

cara mengatasi eye bag dan dark circle 2

Dark Circle

Cukup Rehat
Usah tidur lewat. Pastikan kamu mendapat rehat yang secukupnya.

Sudu Beku
Simpan sudu di dalam tempat beku peti ais anda untuk beberapa minit, kemudian letakkan belakang sudu di atas mata anda.

Uncang Teh
Uncang teh yang telah digunakan disimpan didalam peti ais untuk beberapa ketika. Kemudian letakkan uncang teh tadi di atas mata selama 25 ke 30 minit dan relakskan diri anda.

Krim Mata
Gunakan krim mata yang boleh merawat masalah lingkaran hitam pada mata yang terdapat di pasaran.

TIPS MAKEUP MATA TAHAN LAMA

Tips Makeup Mata Tahan Lama

Pemakaian mekap mata seperti eyeshadow dan eyeliner kadang kala tidak tahan lama. Lebih-lebih lagi bila kamu seharian di luar, kadang-kadang tu tak sampai separuh hari dah comot.

1. Kenali jenis kulit wajah kamu. Kebiasaannya, hal ini terjadi kerana kulih kamu jenis berminyak.

2. Pilih foundation yang bebas minyak. Sapukan pada kelopak mata dan biarkan ia kering, kemudian ambil tisu kering dan lekapkan pada kelopak mata untuk menyerap lebihan minyak.

tip-mekap-mata-tahan-lama-krim-pembayang-mata


3. Gunakan krim pembayang mata dan biarkan kering selama seminit. Kemudian sapukan pembayang mata yang biasa.
  • Tip menggunakan dua jenis pembayang mata yang berbeza kerana, krim mampu menyerap kedalam kulit dan tahan lebih lama manakala pembayang mata berbentuk serbuk akan membantu menyerap lebihan minyak pada kelopak mata.

tip-mekap-mata-tahan-lama-liquid-eyeliner


4. Untuk eyeliner pula, kamu disaran menggunakan liquid eyeliner yang kalis air berbanding pensel kerana ia mudah comot.

PETUA DAN TIPS MERAWAT TUMIT KAKI YANG MEREKAH

PETUA & TIPS  Merawat Tumit Kaki Merekah

Hari-hari kamu perlu bergerak. Sehinggakan tumit kaki merekah! Mana tidaknya, hampir setiap hari mengenakan kasut tumit tinggi. Dek bebanan kerja yang bertimbun, tak cukup masa untuk mendapatkan rawatan.

merawak-tumit-merekah


Ambil getah buah betik muda yang kekuningan dan sapukan pada tumit yang merekah. Lakukan setiap hari.

Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih.

Berus tumit kaki dengan berus lembut. Ia dapat melembutkan kulit kaki dan membersihkan kotoran serta menanggalkan kulit mati.

Rendamkan kaki selama 30 minit didalam air suam. Masukkan beberapa asam keping dan perahan limau nipis sekali. Keringkan kaki anda, dan ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit hilang.

33 TIPS DAN PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBAT







33 TIPS DAN PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBAT




1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN KERAP DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT
 Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. BERUS GIGI & GULA2 GETAH 
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANG PENGAMBILAN BUTTER & MARJERIN
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MINUMAN MASAM & KURANG GULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN SETIAP HARI 
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. KUKUS 
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. TEKNIK RAHSIA
 Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. SENAMAN RINGAN
 Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. UBAH TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKAN
 Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. KURANG GULA 
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. PETUA 1

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. PETUA 2

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. PETUA 3 

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. PETUA 4

Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. PETUA 5

Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. PETUA 6

Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. PETUA 7

 Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. PETUA 8

Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

TIPS MELEMBABKAN BIBIR

Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering | Sekiranya cuaca kering ataupun kerap kali berada di kawasan yang sejuk, kita mungkin berdepan dengan masalah seperti bibir kering mahupun pecah. Ketahui apakah petua untuk masalah ini.

Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering

Pernahkah kamu mengalami masalah bibir kering ataupun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga bolehmenyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik itu kemungkinan tidak sesuai dengan kulit kita.

Petua Merawat Bibir Pecah
  • Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
  • Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama1-2 jam. Selepas itu ambil air rendaman tersebut dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini di katakan bukan sahaja membantu melembabkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar itu tidak hilang serinya.
Petua Melembabkan Bibir Kering
  • Cara ini memang baik dan bagus diamalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Waktu yang paling baik ialah pada waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan kulit kering.
Atau
  • Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut.. hehehe..) boleh guna cara ini pula. Gosok bibir itu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau


  • Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. Petua ini memang lain sikit tapi ianya dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.
Note: Sebenarnya tidak ada masalah besar jika kita mengalami masalah bibir kering mahupun pecah. Namun demikian, jika kita mengalaminya ia akan timbul rasa sakit terutama apabila menikmati makanan pedas. Selain itu, kita akan berasa kurang selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain.

ps: nak lagi senang pakai je lip balm :D 

Tips dan Rahsia Makeup Tahan Lebih Lama

Tips:


Bersihkan Wajah
sebelum makeup, pastikan kulit wajah dicuci dengan bersih.pemilihan produk pembersih wajah juga amat penting .
jika anda memiliki kulit yang berminyak , gunakan produk pembersih wajah yang bebas minyak.
namun jika anda memiliki kulit yang kering dan sentitif , gunakan produk pembersih wajah yang bersesuaian. (organic aid)

Gunakan Krim Pelembab
Pelembab wajah sangatlah penting. Ini tidak hanya untuk kulit luar kamu, tetapi juga memberikan nutrisi pada lapisan kulit. Jika kamu tidak menggunakan pelembab saat melaksanakan make-up, maka kulit kamu akan menjadi kering. Akibatnya make up cepat pudar.

Gunakan Foundation
Foundation merupakan asas untuk make up kamu. 
sapukan foundation secara merata di seluruh wajah terutama di kawasan yang mempunyai noda.

Bedak Tabur
Selepas memakai foundation, jangan lupa memakai bedak tabur pada wajah kamu. 
Hal ini memastikan agar wajah kamu tetap bebas minyak sepanjang hari.

Mineral Make Up
Make up yang mengandungi bahan mineral mempunyai daya tahan lebih lama dari kosmetik lain. Selain itu, make up jenis ini dapat merawat dan menghaluskan wajah.


Rahsia Untuk Makeup Tahan Lama
Alat solek sudah tidak asing lagi dengan kehidupan seorang wanita. Penggunaan alat solek atau make up dapat memberikan keyakinan diri kepada si pemakainya. Tanpa make up, mungkin wajah akan nampak sedikit pucat. Oleh itu, ramai wanita mengambil inisiatif untuk keluar dengan wajah bermake up. Mengapa perlu tahu tip make up untuk tahan lama?
Dalam cuaca yang panas dan iklim negara kita meyebabkan kita mudah berpeluh. Bahagian wajah yang di solek selalu cepat berpeluh ialah di sekitar dahi, hidung, dagu dan di atas bibir tidak tahan lama.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara atau tip untuk mengekalkan make up dalam jangka masa yang lama?
straight to da point je ye .. :

1.Petua Mak Andam / Orang Tua2 : Sapukan Ais Pada Wajah Sebelum Makeup.
2.Rahsia Saya : Gunakan Makeup Spray Sebelum Dan Selepas Makeup 
makeup spray pilihan ramai makeup artis : AQUARA ESSENCE SPRAY

CONTACT US

     HANNA E' BEAUTY
       (HANNA EZZLY BEAUTY)



http://hanna-ebeauty.blogspot.com/
https://www.facebook.com/hanna.ezzly


TIPS ASAS MAKEUP

http://hanna-ebeauty.blogspot.com/





Dengan menggunakan tip asas solekan yang tepat, Anda dapat menyamarkan tanda-tanda penuaan yang ada sehingga dapat menutupi kekurangan ini. Namun sebelum anda merias wajah Anda, pastikan bahwa kosmetik yang Anda gunakan eluk dan belum luput tarikh.

Apa yang harus dilakukan ketika melakukan make up untuk kelihatan muda? Berikut ini adalah beberapa langkah yang dapat Anda terapkan saat merias wajah Anda sendiri.

Toner dan Pelembab
Sebelum mulai merias wajah, mulailah dengan membersihkan wajah sampai leher dengan menggunakan pembersih dilanjutkan dengan menggunakan toner dan pelembab. Hal ini bertujuan agar hasil make up Anda maksimal.

Alas Bedak
Gunakan alas bedak (foundation) agar warna-warna dapat masuk dengan sempurna pada wajah Anda. Pilih warna foundation yang satu tingkat lebih tinggi dari warna kulit Anda.

Concealer
Gunakan concealer untuk membantu menyamarkan flek pada wajah atau bekas jerawat. Concealer juga dapat digunakan untuk menyamarkan kantung mata.

Brush dan Spons
Ketika memakai bedak, pertama-tama gunakan brush selanjutnya gunakan spons untuk membantu meratakannya.

Eyeshadow
Pilih warna-warna eyeshadow yang dapat membantu wajah terlihat segar dan muda. Warna yang dapat dipilih antara lain warna hijau, peach, ungu, emas.

Eyeliner
Untuk mata, agar wajah tidak terlihat tua, sebaiknya tidak menggunakan eyeliner. Atau bila Anda ingin menggunakannya sebaiknya jangan gunakan terlalu tebal dan gunakan eyeliner yang berbentuk pensil.

Blush on
Warna blush on sebaiknya yang berwarna natural seperti warna pink atau peach.

Lipstik dan Lipgloss
Pilih lipstik yang berwarna sama atau satu tingkat lebih tinggi dari warna bibir. Hindari bibir dengan warna yang terlalu kontras. Dapat juga ditambah lipgloss agar bibir terlihat segar.

Pensil Alis / kening
Rapikan alis Anda dengan mencabut rambut alis yang berantakan dan menyisirnya agar telihat rapi. Kemudian untuk mempertegas bentuk alis, pilih pensil alis yang berwarna coklat gelap sebaliknya daripada hitam, karena warna hitam akan membuat wajah terlihat lebih tua.

Memang banyak sekali produk kecantikan yang dapat membuat muda dan memperhalus kulit dan membuat lebih cantik. Produk-produk tersebut ada yang dimasukkan ke dalam tubuh atau yang digunakan langsung pada kulit Anda. Namun dengan penggunaan kosmetik yang tepat dan trik make up yang tepat saat Anda merias wajah Anda, maka Anda juga dapat tampil semakin cantik dan muda.



INFO 1
Wanita hari ini mahu lari dari teknik solekan yang biasa dan lama. Bermotifkan solekan cantik tetapi mahu dilihat semula jadi atau dikenali sebagai warna pastel. Namun anda mungkin tidak tahu cara yang terbaik untuk menata wajah. Tidak mengapa, disini dipaparkan beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan wajah asli, semula jadi dan segar.

Yang Perlu Anda Tahu :


1. Warna Alas Bedak (Foundation) harus sama dengan warna kulit supaya tidak kelihatan seperti ada ΄garis batas΄ pada kulit atau membuatkan anda kelihatan seperti memakai masker atau topeng.

2. Warna Penyamar Noda (Concealer) sebaik-baiknya 2 tingkat lebih muda dari warna alas bedak.

3. Melakar Kening sebaik-baiknya dengan pensil warna coklat supaya tampak semula jadi.

4. Warna Pembayang Pipi pula perlu disesuaikan dengan bentuk wajah, sapukan nipis supaya tampak lebih alami.

5. Warna Gincu Bibir pula sesuikan dengan bentuk bibir. Bibir yang ΄penuh΄ sebaiknya warna-warna muda sahaja kerana warna tua hanya akan membuatkan bibir anda kelihatan semakin besar dan menonjol.



INFO 2
Kebanyakan wanita sering kali merungut kerana gincu bibir hanya bertahan sekejap sahaja. Sebenarnya, ada tips khusus supaya gincu dapat melekap lebih lama.

1. Gariskan bibir anda terlebih dahulu dengan ΄lip pensil΄ yang warnanya lebih tua dari warna gincu yang dipakai. Tujuannya supaya sapuan dapat dilihat lebih rapi dan tidak melebihi sempadan.

2. Guna Bedak Two-Way (yg mengandungi pelembap) dan sapukan pada bibir dengan span pelembap. Jgn takut untuk melapasi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar lebih samar.

3. Seterusnya sapukan gincu menggunakan berus ke seluruh bibir. Penggunaan berus lebih digalakkan supaya warnanya lebih menyerlah dan sapuan lebih rapi.

4. Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan span lembap secara menekan.

5. Dan yg terakhir, sapukan sekali lagi gincu.Untuk tampil lebih anggun, jangan lupa sapukan ΄lip gloss΄.

INFO 3
Pening memikirkan bedak yang harus ada dalam tas tangan anda?teliti info berikut:

1. Loose Powder (bedak tabur) biasanya digunakan pada sapuan terakhir kerana teksturnya yang ringan dan mudha disapu, sesuai untuk kulit berminyak.

2. Pressed Powder (bedak padat) isinya yang padat hanya sesuai untuk sentuhan berulang (touch up) bagi wajah normal atau berminyak.

3. Shimmer Powder (bedak berkilau)digunakan untuk ΄highlight΄ wajah dan memberikan kesan berkilat pada wajah.

4. Two Way Cake (bedak dwiguna) ini adalah penggabungan bedak padat dan bedak asas, sesuai untuk penampilan lebih anggun.

5. Cream Powder (bedak krim) sangat baik untuk kaedah ΄shading΄ seperti ditulang hidung dan tulang rahang. Pilihlah warna sedikit gelap dari warna kulit.

6. Bronzing Powder memberikan gaya sedikit gelap atau ΄bronze΄ supaya tampil seksi dan eksklusif.

nuffnang ads